Selasa, 19 Januari 2010

W.U.D.U.K








Untuk menyerikan wajah, kita tidak perlu melakukan pelbagai cara yang susah... Cukuplah sekadar dengan mengambil wuduk dengan ikhlas dan niat yang betul..


Wuduk diangkat bukan sahaja untuk bersolat tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.. Contohnya, ketika mahu memulakan pembelajar atau mengulang kaji, sebelum mula memasak, namun wuduk juga boleh diambil hanya untuk mendapat keredhaan yang Maha Esa... Tenanglah hati sesiapa yang berwuduk dengan sempurna...


Solat yang diterima Allah mestilah dimulakan wuduk yang juga diterima Allah.. Pengambilan wuduk tidak boleh dipandang remeh kerana wuduklah salah satu titik tolak solat kita diterima Allah... InsyaAllah, sama-samalah kita memelihara wuduk kita agar diterima Allah untuk memulakan ibadah kepadaNya....


InsyaAllah, dengan wuduk yang sempurna, wuduk itu akan bercahaya di akhirat kelak... dan wajah kita juga akan berseri dengan air wuduk.... InsyaAllah





Wuduk dimulakan dengan Niat..


~ Mengangkat hadas kecil atau niat mengharuskan solat ( membolehkan solat atau sebagainya) atau niat menunaikan fardu wuduk.





Lafaz niat wuduk : (tak tahu macam mana nak tulis arab, dalam Bahasa Melayu saja)





"Sengaja aku mengangkat hadas kecil semata-mata kerana Allah Taala."


"Sengaja aku berwuduk semata-mata kerana Allah Taala."





**** Sesiapa yang tidak boleh berhenti membuang air (kuasa menahan air kencingnya sudah tidak ada) atau seorang wanita yang mempunyai penyakit istihadah (darah penyakit yang sentiasa keluar dari kemaluannya) bolehlah berniat mengharuskan solat iaitu seperti :


"Sengaja aku berwuduk untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala."


atau


"Sengaja aku mengangkat hadas kecil fardu ke atasku kerana Allah Taala."







  1. Membaca Basmalah



Membaca basmalah pada permulaan hendak berwuduk kemudian membaca : (dalam Bahasa Melayu saja, tak tahu nak ambil tulisan Arab)




"Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Yang Esa dan tak ada sekutu bagi-Nya. Serta aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba-Nya dan Rasul-Nya."




Sekiranya terlupa dan teringat pada pertengahan berwuduk maka sunat dibaca :




"Dengan nama Allah dari mulanya dan juga akhirnya."




2. Membasuh Tangan Hingga ke Pergelangan Tangan




Membasuh tangan sehingga pergelangan tangan sebanyak 3 kali walaupun diyakini kebersihan tangan tersebut dan membaca (berniat dalam Bahasa Melayu) :




"Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah, Yang menjadikan air ini suci dan tidak menjadikannya najis."




3. Berkumur-kumur




Sunat berkumur-kumur dan berniat :




"Ya Allah, sampaikanlah kepadaku hujahku pada hari aku bertemu dengan-Mu. Dan bebaskan lisanku dengan zikir kepadaMu."




4. Memasukkan Air ke Dalam Hidung




Memasukkan air ke dalam hidung, lebih afdalnya menyedut air ke dalam hidung kemudian dihembuskan keluar. Dan berniat




"Ya Allah, jangan engkau haramkan bagiku bauan syurga. Serta jadikan aku daripada golongan orang orang yang mencium bauannya, kenikmatannya, dan keharumannya."




5. Membasuh Muka




Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut, dan sebagainya. Sunat melebihkan sedikit had basuhan di atas kepala, ke telinga, dan juga di bawah dagu. Semasa membasuh muka disunatkan berniat :




"Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau."




6. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga ke Siku




Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai ke siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku.




Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada suatu pun yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.




Disunatkan membaca*berniat doa ini semasa membasuh tangan kanan :




"Ya Allah, berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku dan hisabkan kepada daku dengan hisab yang mudah."




Tangan kiri :




"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepadaku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku. "




7. Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala




Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.Selepas mennyapu air di atas kepala sunat pula berniat :




"Ya Allah tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau."




8. Membasuh Kedua-dua Telinga




Membasuh kedua-dua telinga zahir dan batin dan memasukkan kedua-dua jari ke anak telinga iaitu selepas menyapu kepala dengan air yang baru. Tidaklah secara langsung air yang ada pada tangan untuk membasuh kepala tadi, dibasuhkan pula kepada telinga tetapi diambil air yang lain.




Sunat berniat :




" Ya Tuhan, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan seterusnya mengikuti yang mana lebih baik. Ya Tuhan, dengarkanlah kepada seruan syurga di syurga bersama-sama orang-orang yang melakukan kebajikan."




9. Membasuh Kaki Hingga Dua Buku Lali




Sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Wajib menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya. Disunatkan membaca doa ini selepas membasuh kaki kanan dan kiri :




"Ya Allah, tetapkan kedua-dua kakiku pada sirat ( titian Siratul), pada hari Engkau jatuhkan kaki-kaki.




10. Tertib




Perkara Sunat Lain :





  • Menyelati Jari Tangan, Jari Kaki, Misai, dan Janggut

  • Mendahulukan Membasuh yang Kanan daripada yang Kiri.

  • Membasuh/ Menyapu Setiap Anggota 3 Kali.

  • Muwalat (Berturut-turut).



Selesai berwuduk, disunatkan mengangkat tangan dan menghadap kiblat lalu membaca doa :




"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa Tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."




Sesiapa membaca doa ini selepas berwuduk maka akan keluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang dia tidak akan mati dalam keadaan murtad.




Dalam erti kata dia akan mati dalam beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu akan sentiasa bertasbih dan bertafakur dan dituliskan baginya pahala sehingga hari kiamat.

InsyaAllah...












~~ Sewaktu berwuduk, bukalah air dengan bersederhana dan sedikit, janganlah membazir....

Ahad, 17 Januari 2010

C.A.N.T.I.K ??

Cantik bukan sahaja diertikan dengan keindahan paras rupa..

Cantik terlalu subjektif....



Cantik bukan bermaksud mempunyai rupa yang menarik... bukan juga dengan suntikan-suntikan 'botoks' misalannya, pembedahan plastik, suntikan vitamin C dan lain-lain..

Itu semua seumpamanya palsu..



Cukuplah.. cantik itu dengan budi bahasa yang sopan, luhur, menghormati orang tua, mengasihi yang muda, menutup aurat dan lain-lain seumpamanya...









Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah...
Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah...
Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah...
Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh....
Hiasilah peribadimu dengan akhlak terpuji...
Nilai diri seorang Muslimah Sejati....


~~Bukan dengan menayang aurat sana-sini.. Lihatlah! Betapa ramai muda-mudi marcapada ini yang sudah rosak akhlaknya.... Astaghfirullah..
Yang sudah hanyut..
Di manakah muda-mudi islam yang sebenar-benarnya 'ISLAM' ???
Masih ada....... tetapi terlalu sedikit,... mungkin dunia sudah hampir ke penghujungnya..

Lihatlah sejarah Islam pada suatu masa dahulu....

  • Di Andalusia, kerajaan Bani Umayyah Sepanyol telah diasaskan pada 756 Masihi..
  • Cordova menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masihi
  • Terdapat sebuah universiti dan perpustakaan besar yang jadi tumpuan seluruh dunia
  • Juga menjadi pusat ekonomi antarabangsa suatu ketika dahulu
  • 1000 Masihi, Masjid Cordova siap dibina...
  • Menampilkan seni bina yang unik..dan seni ukiran yang halus..
  • 1238 Masihi, Istana Alhambra, Granada dibina...
  • menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid..
  • Terukir kata-kata arab yang bermaksud ' Tiada penakluk yang berkuasa melainkan Allah'..
  • sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah kecil berbanding Allah..
  • Andalus telah melahirkan ramai tokoh ilmuwan yang disegani..
  • Bidang falsafah, Ibnu Bajah, Ibnu Rusyd dan Al-Farabi...
  • Bidang muzik, Ibnu Firnas dan Ibnu Ziryab..
  • Bidang astronomi, Ibnu Aflah, Az-Zarqiyali, dan Majriti..
  • Ilmuan-ilmuan Baghdad dan Andalus berjaya mengharmonikan falsafah Yunani tua dengan tamadun Islam..
  • dan membuka mata orang-orang Barat sehingga mencetuskan suatu zaman... yang dikenali sebagai Zaman Renaissance..
  • 1187 Masihi, Baitul Maqdis ditawan semula..oleh Salahuddin Al-Ayyubi dan tenteranya.
  • Di bawah pemerintahannya, umat Islam disatukan dari Lembah Nil hinggalah ke Lembah Furat..
  • Pada 1192 Masihi, Eropah telah menghantar satu lagi tentera yang lebih besar tetapi juga kalah.....
  • Dalam peperangan salib ini, ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum muslimin patuh kepada arahannya..
  • Orang-orang Arab dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad..
  • Salahuddin ternyata berjaya menyatukan mereka sehingga tiada yang memberontak sewaktu pemerintahannya..
  • 1453, Pada tahun ini, Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel..
  • Usaha menjatuhkan bandar ini gagal dilakukan selama 800 tahun..
  • sehinggalah kemunculan raja ini yang hanya berusia 24 tahun ketika itu... Subhanallah.!
  • Baginda mengupah jurutera bangsa Hungary untuk mencipta meriam..
  • dan berjaya menembak peluru seberat 300 kg dan sejauh 1 batu..
  • Bagindalah orang yang dimaksudkan dalam hadis nabi sebagai...
  • "Sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera ketika itu "
  • Daripada Abu Hurairah berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing..."
Aku melihat dunia hari ini
Orang-orang Islam ibarat digenggam
belenggu orang-orang kafir
Akhirat mereka luput..
Dunia pun tercicir..
Budaya jahil tidak diambil peduli
MELAMPAU-LAMPAU dalam hiburan..khayalan keterlaluan..
Luas.... luas membanjir
Teruk....tak tertaksir orang-orang yang karam..
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordova, Baghdad, Andalus
HILANG.... hilang ditelan zaman
Kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan
Yang mahir dihafal
Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti??
Sesetengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang..
Cerita-cerita lampau dihurai... dipanjang-panjangkan..
Bila tamat.... diulang.. dan diulang... ulang kembali
Itulah sejarah..
Kalau begitu, takkanlah mustahil
Untuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu.. yang indah gemilang ..
Hidup semula, kembali segar-bugar terbentang, di dunia yang luas
~~Diadaptasi dan diolah dari puisi nukilan Syed Naquib Al-Attas~~

" Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Kuasa ." Al-Hajj : 40
" Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan untuk memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat, serta memberi zakat, dan mereka menyuruh membuat kebaikan dan melarang dari melakukan kejahatan da yang mungkar. Dan (ingatlah) , bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. " Al-Hajj : 41
"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu..." Ali-Imran : 160
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih.. bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan ). " As-Syams : 9
" Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh ; sedang mereka amatlah sedikit. "
Sad : 24
"Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad) .. Sesungguhnya janji Allah itu benar ; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah. " Ar-Rum : 60
DAKWAH ini bermula dengan seorang
Kemudian disambung oleh para sahabat
Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam
Kerajaan Umayyah
Kerajaan Abbasiyyah
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Lihatlah berapa banyak umat Islam yang terseksa disebabkan kekejaman Zionis>??
MasyaALLAh ... mereka begitu berani... tak ada seorang pun muda-mudi Islam di Malaysia seberani mereka... seberani kanak-kanak 12 tahun yang tetap berjihad ke jalan Allah.. berlari ke arah kereta kebal dengan hanya membaling batu kerana niatnya yang satu menegakkan agama Islam.. walaupun dia tahu dia tidak mampu melawan kereta kebal canggih milik Zionis.. tetapi sifat keberanian yang ada dalam dirinya tidak mungkin dapat dicari di kalangan kanak-kanak 12 tahun di sini... Dia akhirnya ditembak sebanyak 20 das tembakan oleh kereta kebal.. Namun, dia berani!!! Darahnya wangi...semerbak.. kerana beliau syahid di jalan Allah.... Subhanallah(Kisah benar)
Ya..mereka semua dibelenggu kekejaman Zionis...
Namun... inilah yang sering meniti di bibir mereka..
" Allah will avenge us. Strength is with none but Allah..and Allah is our best and only protector.
We have had five funerals because of the bombings.
Ya Allah!! Ya Allah! Ya Allah!
Mereka menangis...pilu dan hiba... menangis untuk mengumpul kekuatan.. Kasihannya mereka..
Hidup dilimpahi darah di sekeliling... Keluarga yang mati dibunuh dengan kejam sekali di hadapan mata oleh tentera kejam Zionis... Kanak-kanak yang hanya berusia 6 tahun melihat sendiri kematian ibu bapa, kakak dan abangnya dibunuh dengan kejam.. Namun beliau terselamat kerana bersembunyi di bawah katil... MasyaAllah..
Cuba kita bayangkan..adakah kita akan sekuat mereka?? sekiranya kita yang terpaksa berada di situasi mereka??... Bagaimanakah perasaan kita melihat orang-orang yang tersayang dibunuh di depan mata??.. Ya, kerana bukan kita yang terpilih untuk merasai ujian sebegitu dariNya...
kerana mereka kuat.. tabah!.. dan Allah tidak memberi sesuatu ujian sekiranya hambanya tidak mampu menanggung.. Sesungguhnya mereka di sana begitu kuat..
Di manakah pengganti Umar al-Khattab hari ini???
Siapakah pewaris Salahuddin al-Ayyubi hari ini???
Di manakah pemuda-pemuda seperti Sultan Muhammad Al-Fateh hari ini???
Mereka inilah pemuda-pemuda yang ingin kita contohi..
Adakah kita hanya ingin melihat?
Bergoyang kaki menutup mata??
Ayuhlah bangunlah bangsaku dan ubahlah paradigma!!!!

Jumaat, 15 Januari 2010

Di Sinilah Bermula.... Part 1





SELINGAN : Gambarku bersama abah (atau juga dipanggil yoki : sebab dea bulat mcm yoki)



Apa yang mula???..huHUhu...



NOTIS : Baca suatu fakta di bawah dengan TELITI serta memahami keseluruhannya...^_^



FAKTA : Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya,
perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Namun dalam konteks TAMADUN ISLAM, hijrah bermaksud perpindahan orang
Islam dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan
Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam. Penghijrahan
sebenarnya juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam,
iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan
kejahatan. Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah
dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan
dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku..






BAIKLAH....



Aku dengan berdebar-debarnya menaip nombor kad pengenalanku dengan berhati-hati di ruang yang disediakan. ENTER!! Selesai...



' Aduhai, lambatnya nak muncul nie...', biasalah.. pasti sekali ramai juga orang lain yang sedang mengakses di sini..... Sudahnya, perut aku mula kesakitan kerana perasaan gementar yang menguasai ketika itu..walhal ia hanya memakan masa beberapa minit cuma! (OVER plak!!..)
heheheheh...he...he..


Mama!!! Tiba-tiba aku menjerit... Keadaan menjadi gawat! ( Ye ke?? )

" Mama!! Mama!....Kak Ngah dapat, mama!.. Yeay! Kakngah dapat! Alhamdulillah..."

Mama yang berada di dapur terkocoh-kocoh mendapatkan aku...

"Ya ka?.. Syukur Alhamdulillah... Abah dah taw ka?"



Aku yang hanya menjawab soalan Mama di dalam hati terus mendapatkan telefon rumah di tingkat bawah... Laju mendail nombor telefon bimbit Abah..



" Hello..Assalamualaikum Abah!!! Abah... Kakngah dapat tawaran masuk SBP.."

"Hello...Waalaikumussalam.. Ya..Ya.. Betul ka?..Alhamdulillah "...


Aku dapat mengesan nada abah yang berubah ceria dan gembira... kerana aku tahu abah memang mengharapkan aku dapat melanjutkan sekolahku ke SBP.. Alhamdulillah..




Aku tidak kisah di mana pun aku menuntut ilmu kerana sebenarnya kejayaan seseorang tidak terletak pada sekolah mana sekalipun... Yang penting... ' di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'... Namun aku bersyukur kerana tidak menghampakan harapan mama dan abah...


" Kakngah dapat Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA).."
" Ow...kat mana tu?...ow..taw2...ok2...bila nak p?...
Bla...bla...bla...blaa.... perbualan berlangsung selama 5 minit..




Ya, aku berpeluang memasuki SAINA pada 12 Februari 2008 sewaktu di Tingkatan Empat... Ya, sekolah ini bukanlah begitu terbaik dan elit... Namun, Alhamdulillah...


" Manala SAINA kau nie..tak jumpa-jumpa lagi... nanti salah jalan pulak nak kena daftar pukul 9..bla..bla..bla.." Mama seperti biasa suka pot-pet-pot-pet di mana jua.. (heheheheh... Maafla Mama ye!)


"Ala Mama..relaxla.. Kita redah jelah... Bukannya kita pernah sampai sini pun.."


Aku ini yang sebenarnya sedang melawan gelodak di jiwa... Aku takut andainya aku juga seperti sesetengah kawan- kawanku yang berpatah balik dan tidak betah bertahan dengan kehidupan di asrama.. (ala..small matter je kan..! kuikui) ... Aku takut untuk ditinggalkan di sini tanpa mengenali seorang pun di sini... 'ala...nanti jumpa la...cuba la bersabar sikit cik fasihah oi..'


Adik aku juga turut mengekori menghantar aku ke Saina... cuma kakak aku yang sulung yang enggan mengikut.. Katanya malas dan mahu membuat persiapan ke sekolah pada esok hari.. Padahal aku tahu dia baru terkejar-kejar nak menyiapkan kerja sekolahnya itu..kuikuikui


Tiba-tiba, di kejauhan kelihatan sebuah papan tanda menunjukkan 'Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 2 km'...



Uih...dah dekat nie semacam aku dapat merasakan jantungku berada di otakku saat ini kerana aku dapat mendengar dengan jelasnya... Alamak! Tiba-tiba sakit perut aku kembali bermain-main dengan emosiku ketika ini ( sakit perut gementar je! bukan yang lain) ...
Tapi...aku berpura-pura cool di hadapan semua... ^_^


" Abah.... Kakngah takutla.....Bla..bla...bla..bla..bla.."

" ish nak takut apa...p je lah.... bukannya ada ghimo pon kat sana"



Abah itu lah.... sekiranya aku menyuarakan rasa takut mulalah dia mengeluarkan 'statement' yang sama.. Harimau yang begitu comel tetapi kelakuan yang tidak serupa dengan kecomelannya...... "Esh abah nie...ada aih... ghimau yoki bulat duk bawak keta la ni..." hahahahahahahahahahahahha.......


"La...kenapa plak nak takut... macam biasalah... bukan tak biasa pergi kem ke apa... dulu kat sekolah Pinang Tunggal tu aktif sangat camping...takkan takut pula.." Mama pula menambah...
hehehehehehhe...

'Biasalah mama...nak duk asrama ni buka 2,3 hari macam camping'...jawabku dalam hati sahaja



Sekolah ini memang berwarna ungu..jangan pertikaikan kenapa....sehinggakan cadar selimut semua berwarna ungu...ramai kawan2ku memanggil penjara purple...hahahah


Setibanya di pintu masuk SAINA... " Abah, jom balikla.." kehekhekehke (saja je nak tengok reaksi)...... "toksah dok gatai..." sambung mamaku pula... Mama memang tidak sekali-kali membenarkan aku berpatah balik... dan aku pasti, sememangnya pasti... aku harus cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah baru... Ya, walaupun perasaan aku untuk berpatah balik sedang menggila-gila...namun harus kutempuhi jua... alahai...





Kiri, Afaf Nafilah......Kanan, Cik Fasihah
Haaa...itulah rakan pertamaku di Saina... dia saudara angkatku.. huhu.. Namanya Afaf Nafilah.. Dialah yang menyambutku dan keluarga serta memberitahu prosuder-prosuder kepada kami...





Tiba masa Ketua Warden merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyampaikan ucapannya...


" Abah tengoklah tu... sora dia mcm rimau...esshhh...kalau dea jerkah orang.. terkeluar jgak jantung orang...esh i ketaqla abah...Abah janganla balik awal..abah balikla petang-petang sikit taw.. abah, i nak balik la...nak balik jgak..." Aku mula merepek-repek kerana saat itu hati aku sungguh tidak keruan....aku mula membuat muka sedih (walhal setelah 2 thn aku berada di sini.. dia belum pernah menjerkah pelajar-pelajar dengan suara harimaunya...setakat yang aku nampakla..ehehheeh)





" Esh.... kawanla dengan rimau tu.... best pa...kalau dia jerkah biarkanla kat dia..." balas abah sambil membuat muka comel... 'eeeeeeeee...meluat tengok..hahahahha'


Abah nie...selalu macam ini... Terasa seperti ingin puk je abah aku ini.. Lalu aku menghadiahkan satu tamparan yang cukup best pada tangannya.. Nah...haaa puas pun...dah lama aku menyimpan hasrat untuk berbuat demikian..akhirnya terlepas jua...fuhhh lega..puas


" Esh...duk buat orang buat apa ni..." marahnya kerana aku mengganggu konsentrasinya mendengar ucapan PK HEM yang comel seperti beruang itu...


" Sajala best buat yoki..." Tiba giliran aku pula membuat muka comel padanya....Lalu abah menghadiahkan aku suatu jelingan tajam,.. Amboi!...


'Ek eleh abah ni...ingat i tak reti nk menjeling' ... hehhehe...


"Abah!!...Tengokla sini... Tengokla sat.."...aku memanggil-manggil abahku supaya berpaling ke arahku...Apabila dia berdegil,aku menghadiahkan pula secebis cubitan yang BEST pula... Abah akhirnya beralah... Nah..suatu jelingan yang lebih tajam aku hadiahkan buat si abah... padan muka.. !!


~~ Aku dengan Abahku memang suka macam ni... gurau2 petang.. ehhh...belum pukul 12 tengah hari waktu tu ~~~





Aku ditempatkan bersama rakan-rakan seperjuanganku... Nama 'batch' kami ialah ' Visionera0509'.... Vision of Numerous Achievers.. Kami semua terdiri daripada 16+ ahli... tak ingat pula bilangan sebetulnya... Kesuluruhannya pada ketika itu, Saina cuma mempunyai seramai 666 orang pelajar...














BERSAMBUNG .....














































































Rabu, 13 Januari 2010

~~Aku hamba Allah~~






aku adalah aku... makhluk Allah yang tak sempurna..tiada siapa yang sempurna atas muka bumi ini..
aku berumur 18 tahun.. dan sekarang aku sedang menunggu keputusan SPM aku yang bakal keluar pada bulan Mac depan..
wawwwhhh...berdebar-debar rasanya...
Aku doakan aku dapat yang terbaik...agar aku dapat menggembirakan kedua hati orang tuaku serta guru-guruku yang sentiasa mengharapkan kejayaan dariku.. Disebabkan itulah, aku takut andainya keputusanku nanti tidak seperti yang diharapkan...
namun aku terima...aku redha dengan segala ujianNya... Aku percaya pada janjiNya..sesiapa yang berusaha maka dialah yang beroleh kejayaan..
aku berusaha dan bertawakal...
Aku mengharapkan doa dari semua rakan-rakanku...
ustazah pernah cakap "Kalau kita nak berjaya, kita juga kena doakan kejayaan orang lain"...
Lihatlah Ibnu Sina yang begitu mencintai ilmu dan sanggup membaca buku karangan Aristotle berkenaan metafizik sebanyak 40 kali..itu Ibnu Sina seorang tokoh perubatan yang terunggul suatu ketika dahulu..Inikan aku yang hanya seorang manusia biasa tapi bagi Ibnu Sina 'Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan'..
Andainya berlaku sebaliknya,, aku redha dan terima ujian dariNya..mungkin aku perlu lebih berusaha untuk masa yang akan datang...
Hidup aku masih panjang (itupun kalau panjang umur)..
Sebetul-betulnya, aku masih belum kenal dunia luar...erti sebenar kehidupan yang penuh dengan cabaran... Namun, aku mengharapkan aku tidak akan pernah jauh dari kasihNya dan jalanNya..
Sesungguhnya aku ingin menggembirakan hati kedua orang tuaku...sungguh aku ingin melihat seyuman kegembiraan mereka atas kejayaan aku..Ingin sekali aku hadiahkan kejayaanku pada mama dan abah,terutama sekali Abah yang banyak menghabiskan wang membeli semua jenis buku yang aku kehendaki tanpa sedikit pun rungutan


..Aku tahu Abah dan Mama ingin aku berjaya dan setiap kali itulah aku takut andainya aku mengecewakan harapan mereka yang menggunung tinggi walau secebis cuma...Aku ingin sekali membalas jasa mereka dengan menggembirakan mereka buat masa ini..aku tahu aku tidak akan pernah mampu untuk membalas semua pengorbanan ibu bapaku.. Di mana aku berada, aku sentiasa ingatkan mereka kerana merekalah kedua ibu bapaku dunia akhirat..Aku sangat menyayangi mereka...Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan aku kedua orang ibu bapa yang amat memahami..Mama yang banyak memberi aku sokongan tatkala aku merasakan lemah dalam menempuh hidup setakat ini..Abah yang sentiasa memahami dan memberi aku sokongan..
Sungguh..aku amat2 menyayangi mereka dan tidak sanggup mengecewakan hati mereka walau sedikit cuma..


Aku suka menuntut ilmu dan aku cintakan ilmu kerana Allah...kalau boleh setiap ilmu walaupun sedikit ingin aku timba..sungguh aku rasa kosng tanpa ilmu...dan aku berharap dapat beramal dengan segala ilmu yang telah aku pelajari...


~~Gambar2 yang aku muat turun itu semata-mata untuk menghargai kedua orang ibu bapaku yang sentiasa memenuhi keperluan aku untuk membeli buku biarpun bukan semua buku aku manfaatkan sepenuhnya(Maafkan anakmu,mama dan abah)...Ya..buku2 itu semata-mata milik aku,itupun masih banyak buku2 yang dibeli mama dan abah yang bersusun di rak lain..tidak termasuk buku milik kedua orang adik dan kakakku lagi..Sungguh mama dan abah telah memberikan yang terbaik untuk anak-anakmu.. Maafkanlah kami seandainya tidak dapat membuktikan pada Mama dan Abah..Redhalah setiap yang telah Mama dan Abah berikan pada kami semua sejak dalam kandungan (sungguh terlalu banyak dan tak mampu untuk kami membalas)...Terima kasih Mama dan Abah..TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA

Sungguh..abah dan mama ingin melihat SEMUA anaknya berjaya dari segi apa yang telah mereka lakukan...Seandainya aku masih mengecewakan dan mengguris hati mereka...aku adalah anak yang tidak pernah mengenang jasa kedua orang tuaku..bagai manusia yang jahil..
Mama dan Abah,pada kesempatan ini...Kak Ngah ingin memohon maaf atas segala salah-silap selama ni..I really love both of you and I am willing to sacrifice for both of you too...InsyaAllah..
Semoga ALLah mencucuri rahmatNya kepada orang tuaku..Amin..