Selasa, 19 Januari 2010

W.U.D.U.K








Untuk menyerikan wajah, kita tidak perlu melakukan pelbagai cara yang susah... Cukuplah sekadar dengan mengambil wuduk dengan ikhlas dan niat yang betul..


Wuduk diangkat bukan sahaja untuk bersolat tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.. Contohnya, ketika mahu memulakan pembelajar atau mengulang kaji, sebelum mula memasak, namun wuduk juga boleh diambil hanya untuk mendapat keredhaan yang Maha Esa... Tenanglah hati sesiapa yang berwuduk dengan sempurna...


Solat yang diterima Allah mestilah dimulakan wuduk yang juga diterima Allah.. Pengambilan wuduk tidak boleh dipandang remeh kerana wuduklah salah satu titik tolak solat kita diterima Allah... InsyaAllah, sama-samalah kita memelihara wuduk kita agar diterima Allah untuk memulakan ibadah kepadaNya....


InsyaAllah, dengan wuduk yang sempurna, wuduk itu akan bercahaya di akhirat kelak... dan wajah kita juga akan berseri dengan air wuduk.... InsyaAllah





Wuduk dimulakan dengan Niat..


~ Mengangkat hadas kecil atau niat mengharuskan solat ( membolehkan solat atau sebagainya) atau niat menunaikan fardu wuduk.





Lafaz niat wuduk : (tak tahu macam mana nak tulis arab, dalam Bahasa Melayu saja)





"Sengaja aku mengangkat hadas kecil semata-mata kerana Allah Taala."


"Sengaja aku berwuduk semata-mata kerana Allah Taala."





**** Sesiapa yang tidak boleh berhenti membuang air (kuasa menahan air kencingnya sudah tidak ada) atau seorang wanita yang mempunyai penyakit istihadah (darah penyakit yang sentiasa keluar dari kemaluannya) bolehlah berniat mengharuskan solat iaitu seperti :


"Sengaja aku berwuduk untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala."


atau


"Sengaja aku mengangkat hadas kecil fardu ke atasku kerana Allah Taala."







  1. Membaca Basmalah



Membaca basmalah pada permulaan hendak berwuduk kemudian membaca : (dalam Bahasa Melayu saja, tak tahu nak ambil tulisan Arab)




"Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Yang Esa dan tak ada sekutu bagi-Nya. Serta aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba-Nya dan Rasul-Nya."




Sekiranya terlupa dan teringat pada pertengahan berwuduk maka sunat dibaca :




"Dengan nama Allah dari mulanya dan juga akhirnya."




2. Membasuh Tangan Hingga ke Pergelangan Tangan




Membasuh tangan sehingga pergelangan tangan sebanyak 3 kali walaupun diyakini kebersihan tangan tersebut dan membaca (berniat dalam Bahasa Melayu) :




"Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah, Yang menjadikan air ini suci dan tidak menjadikannya najis."




3. Berkumur-kumur




Sunat berkumur-kumur dan berniat :




"Ya Allah, sampaikanlah kepadaku hujahku pada hari aku bertemu dengan-Mu. Dan bebaskan lisanku dengan zikir kepadaMu."




4. Memasukkan Air ke Dalam Hidung




Memasukkan air ke dalam hidung, lebih afdalnya menyedut air ke dalam hidung kemudian dihembuskan keluar. Dan berniat




"Ya Allah, jangan engkau haramkan bagiku bauan syurga. Serta jadikan aku daripada golongan orang orang yang mencium bauannya, kenikmatannya, dan keharumannya."




5. Membasuh Muka




Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut, dan sebagainya. Sunat melebihkan sedikit had basuhan di atas kepala, ke telinga, dan juga di bawah dagu. Semasa membasuh muka disunatkan berniat :




"Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau."




6. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga ke Siku




Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai ke siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku.




Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada suatu pun yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.




Disunatkan membaca*berniat doa ini semasa membasuh tangan kanan :




"Ya Allah, berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku dan hisabkan kepada daku dengan hisab yang mudah."




Tangan kiri :




"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepadaku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku. "




7. Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala




Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.Selepas mennyapu air di atas kepala sunat pula berniat :




"Ya Allah tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau."




8. Membasuh Kedua-dua Telinga




Membasuh kedua-dua telinga zahir dan batin dan memasukkan kedua-dua jari ke anak telinga iaitu selepas menyapu kepala dengan air yang baru. Tidaklah secara langsung air yang ada pada tangan untuk membasuh kepala tadi, dibasuhkan pula kepada telinga tetapi diambil air yang lain.




Sunat berniat :




" Ya Tuhan, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan seterusnya mengikuti yang mana lebih baik. Ya Tuhan, dengarkanlah kepada seruan syurga di syurga bersama-sama orang-orang yang melakukan kebajikan."




9. Membasuh Kaki Hingga Dua Buku Lali




Sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Wajib menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya. Disunatkan membaca doa ini selepas membasuh kaki kanan dan kiri :




"Ya Allah, tetapkan kedua-dua kakiku pada sirat ( titian Siratul), pada hari Engkau jatuhkan kaki-kaki.




10. Tertib




Perkara Sunat Lain :





  • Menyelati Jari Tangan, Jari Kaki, Misai, dan Janggut

  • Mendahulukan Membasuh yang Kanan daripada yang Kiri.

  • Membasuh/ Menyapu Setiap Anggota 3 Kali.

  • Muwalat (Berturut-turut).



Selesai berwuduk, disunatkan mengangkat tangan dan menghadap kiblat lalu membaca doa :




"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa Tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."




Sesiapa membaca doa ini selepas berwuduk maka akan keluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang dia tidak akan mati dalam keadaan murtad.




Dalam erti kata dia akan mati dalam beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu akan sentiasa bertasbih dan bertafakur dan dituliskan baginya pahala sehingga hari kiamat.

InsyaAllah...












~~ Sewaktu berwuduk, bukalah air dengan bersederhana dan sedikit, janganlah membazir....

2 ulasan:

  1. salam,

    terima kasih.. perkongsiaan ilmu yang baik.

    BalasPadam
  2. salam

    alhamdulillah, sentiasalah pelihara wuduk dan dlm keadaan berwuduk , byk kelebihannya spt yg dijanjikan oleh Allah

    insyallah

    BalasPadam